dari utara menuju ke timur, dari timur ku panjangkan langkah ke barat…kini, dari barat bakalkah ke selatan???

1 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

20 Julai 2012, Jumaat

Hari ni Jordan dah mula puasa, kata orang ni first time puasa hari jumaat, entahlah…

Semalam seharian di PUSKMA (Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah) @ rumah persatuan pelajar Malaysia untuk persiapan Majlis Perasmian Pembukaan Ramadhan Of The Year (ROY) 2012. Sampai pukul 3 pagi baru settle sikit2, pastu kami balik sahur kat rumah.

Pukul 9 pagi (jumaat) Qifa dah bergegas ke Bayt Izzudin sebab nak tolong Ukhti Dayah buat ‘Akok’. Alhamdulillah…walaupun perit nak bertahan depan api yang membahang, tapi dapat resepi dan pengalaman sebenarnya 🙂 tapi tak lama pun buat sebab lepas beberapa jam akok tu dah mula melekat kat acuan, jadi Qifa pun fed up dan Ukhti Dayah yang sambung buat lepas tu ditemani oleh adik Shofia 😀 [memang tak tahan cabaran betul!]

Dalam masa yang sama Ukhti Dayah juga ‘Master Chef‘ untuk masak nasi kerabu kat dapur PUSKMA. Memang pakar masak betul haaa!

Tema untuk hari first bukak posa kt PUSKMA adalah masakan Kelantan [Nasi Kerabu + Akok] memang ramai pun adik-beradik PERMATA berkumpul hari tu (hampir2 200 orang @ lebih)

Majlis perasmian ROY dirasmikan oleh Ukhti Aziah selaku Timb. Pres II MPMMJ. Pengerusi Majlisnya pulak Ummi (panggilan sesama pimpinan PERMATA akhawat) Mardhiah. Lepas tu ada slot Introspeksi Ramadhan bersama Akh Khairi Abu Yamin (mantan ketua BP masa pimpinan sesi 2011/2012, bulan Syawal nanti beliau bakal menamatkan zaman bujangnya~mabruk~)

Malamnya Qifa dan ahli bayt solat kat Masjid Syuhada’…Kepenatan hari pertama berpuasa langsung tak terasa sebab terlalu gembira melihat wajah ahli Keluarga PERMATA yang bahagia…

Terima Kasih Ya Allah…

Advertisements

Diari Busyraa

Bismillahirrahmanirrahim….

Bayt Busyraa, ini nama yang kami berlima (Ukhti Fuzah, Ukhti Wiyah, Kak Cik, Husna dan Qifa) telah sepakat untuk letak pada rumah sewa kami di bumi Urdun ini. Kami pindah masuk ke sini tak silap dalam bulan Mac 2010.

Dan, tahun depan kami semua akan menjadi pelajar Tahun 4 Jamiah Mu’tah. Inilah tujuan Diari Busyraa…untuk mencatit segala kenangan kami bersama di tahun akhir. Bolehlah Qifa tengok balik bila rindu pada ahli Bayt Busyraa 😀

Image

Tag Cloud