dari utara menuju ke timur, dari timur ku panjangkan langkah ke barat…kini, dari barat bakalkah ke selatan???

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

إن لله وإن إليه راجعون

“Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali”

Mak Lang saya kenal semula Ramadhan yang lalu. Kami bertadarus bersama-sama di surau. Siapa sangka ajalnya tiba hari ni…

Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan semula saya dengannya walau cuma sekadar mengenalinya dengan gelaran sebagai “Mak Lang”

Kali terakhir saya menyapanya ketika dalam perjalanan nak ke sekolah di awal pagi…ceria wajahnya menegur 🙂

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Mak Lang dan anaknya. Semoga amalan-amalan baik Mak Lang diterima Allah, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Ameen…

Advertisements

25 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengah kalut2 buat surat tiba2 dapat panggilan dari Malaysia…Bila call Abah balik soalan pertama yang ditanya, “Kakak dah tau ke?” Hati mula rasa x sedap, rupanya…

“Kakak, Wan dah meninggal…”

إن لله وإن إليه راجعون

Sebak di hati terubat dengan ketenangan Abah menerima ketentuan Ilahi…Kata Abah:

“Kakak jgn sedih, Wan pergi di bulan Ramadhan yang mulia, sampaikan doa banyak2 utk Wan”

Tenang Abah menuturkan saat mengiringi kepulangan jenazah Wan dari hospital ke rumah.

Terbayang wajah Wan yang gembira bila cucunya bawak balik hadiah dari Jordan…ada hikmah rupanya pulang ke Malaysia setahun yang lalu, bila dah nak balik Jordan, macam2 pesanan Wan bagi, rupanya itu kali terakhir…

Abah kata, jantung Wan dah x dapat berfungsi…dah 3 hari Wan masuk hospital…x sangka Wan dah pergi dulu…

Wan, terima kasih atas nasihat & tunjuk ajar yang Wan beri pada kakak selama ini…Semoga Wan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan orang2 soleh…Ameen…

Al-Fatihah…Image

6 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

25 Julai 2012, Rabu

Asal hari rabu je mesti pecah kepala dok pikiaq nak masak apa! aishhhh… “semalam husna masak nasi jagung jemput Bayt Yasmin + Bayt Imtiyaz buke puasa sekali 🙂 “

Bila la Qifa nok jemput orang mari buka puasa di rumah…emmm…”masak pun tak sedap mana 😦 “

Keputusan akhir adalah masak TOMYAM [my favourite! satu dunia tau kot 😀 ]

Tapi bahannye tak de la banyak sampai macam ni…buh ayam je pun sebab udang & geng2 seafoodnye tu x de kat sini 😦 [tetiba rasa nk makan tomyam as-salam]

Tag Cloud