dari utara menuju ke timur, dari timur ku panjangkan langkah ke barat…kini, dari barat bakalkah ke selatan???

Archive for the ‘Diari Ramadhan 1433H’ Category

5 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

24 Julai 2012, Selasa

Hari ni on the way Qifa pergi dan balik Jamiah rasa berbahang yang amat sangat! Bila tengok kiri dan kanan, dalam hati “Patut la...jamiahku sudah botak 😦 “

4 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

23 Julai 2012, Isnin

haaa…hari ni turn Kak Cik pulak masak! menunya adalah : Sup daging + daging masak merah kot? 😀 menu tambahan : Qutaiyif (ala-ala dorayaki) kuih ni cuma wujud masa bulan Ramadhan je kt jordan 🙂

dan malamnya untuk moreh Qifa mintak Ukhti Fuzah ajar buat Caramel…

alhamdulillah…menjadi la jugak 😀

3 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

22 Julai 2012, Ahad

Imtihan Thani – Manahij Bahas (Qifa tak tau la berapa boleh dapat, hok pastinya yang masuk tu sume sempat baca, tapi ada yang tak ingat mana point dia, haru!)

Hari ni Qifa tolong orang buat karipap pusing untuk moreh. Selama ni dok tengok kak cik buat Qifa tolong goreng je..tapi hari ni Qifa yang buat…yang seronoknya tak sangka cubaan pertama menjadi. Alhamdulillah…

Ukhti Fuzah punya resepi hari ni : ayam masak minang

menu tambahan : Cucur + kuah kacang (made by Husna)

lebih kurang gini la rupanya…

Qifa tak sempat nak ambil gambar, jadi main ambik je gambar mana2 pun 😀

——————————————————————————————————–

Selepas asar tadi, tiba2 Qifa dapat makluman kata abang kepada seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi. (إن لله وإن إليه راجعون)

[Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman]. Bila Qifa bertemu dengan sahabat tersebut, Qifa cakap :

“beruntungnya abang akak kerana ‘pergi’ menemuinya di bulan yang mulia ini” dia cuma tersenyum membuktikan ketabahan dirinya yang amat Qifa kagumi. di saat Qifa bersedih dia sentiasa bersama Qifa, tapi Qifa kadang2 tidak mengerti bebanan yang ditanggungnya dalam diam…maafkan Qifa akak 😦

Malamnya Qifa dan ahli bayt solat di PUSKMA dan kami buat bacaan tahlil sekali untuk arwah.

2 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

21 Julai 2012, Sabtu

Hari ni ada sorg adik-beradik PERMATA yang baik hati sponsor untuk juadah berbuka puasa dan beliau juga yang uruskan untuk masak, jadi Qifa bolehlah rehat kejap 😀

Sebelum berbuka, ada forum bertajuk ‘What We Lost From Ramadhan’. Memang best! yang paling best ada 2 orang wakil HELWANIS sebagai panel 🙂 iaitu Ukhti Wiyah (wakil Darul Ifta’) dan Ukhti Wan Nur Hanisah (wakil Darul Hadis) isi yang dibentangkan juga sangat2 menarik [nanti Qifa kongsikan]

1 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

20 Julai 2012, Jumaat

Hari ni Jordan dah mula puasa, kata orang ni first time puasa hari jumaat, entahlah…

Semalam seharian di PUSKMA (Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah) @ rumah persatuan pelajar Malaysia untuk persiapan Majlis Perasmian Pembukaan Ramadhan Of The Year (ROY) 2012. Sampai pukul 3 pagi baru settle sikit2, pastu kami balik sahur kat rumah.

Pukul 9 pagi (jumaat) Qifa dah bergegas ke Bayt Izzudin sebab nak tolong Ukhti Dayah buat ‘Akok’. Alhamdulillah…walaupun perit nak bertahan depan api yang membahang, tapi dapat resepi dan pengalaman sebenarnya 🙂 tapi tak lama pun buat sebab lepas beberapa jam akok tu dah mula melekat kat acuan, jadi Qifa pun fed up dan Ukhti Dayah yang sambung buat lepas tu ditemani oleh adik Shofia 😀 [memang tak tahan cabaran betul!]

Dalam masa yang sama Ukhti Dayah juga ‘Master Chef‘ untuk masak nasi kerabu kat dapur PUSKMA. Memang pakar masak betul haaa!

Tema untuk hari first bukak posa kt PUSKMA adalah masakan Kelantan [Nasi Kerabu + Akok] memang ramai pun adik-beradik PERMATA berkumpul hari tu (hampir2 200 orang @ lebih)

Majlis perasmian ROY dirasmikan oleh Ukhti Aziah selaku Timb. Pres II MPMMJ. Pengerusi Majlisnya pulak Ummi (panggilan sesama pimpinan PERMATA akhawat) Mardhiah. Lepas tu ada slot Introspeksi Ramadhan bersama Akh Khairi Abu Yamin (mantan ketua BP masa pimpinan sesi 2011/2012, bulan Syawal nanti beliau bakal menamatkan zaman bujangnya~mabruk~)

Malamnya Qifa dan ahli bayt solat kat Masjid Syuhada’…Kepenatan hari pertama berpuasa langsung tak terasa sebab terlalu gembira melihat wajah ahli Keluarga PERMATA yang bahagia…

Terima Kasih Ya Allah…

Tag Cloud