dari utara menuju ke timur, dari timur ku panjangkan langkah ke barat…kini, dari barat bakalkah ke selatan???

1 Ramadhan 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

20 Julai 2012, Jumaat

Hari ni Jordan dah mula puasa, kata orang ni first time puasa hari jumaat, entahlah…

Semalam seharian di PUSKMA (Pusat Khidmat Mahasiswa Mu’tah) @ rumah persatuan pelajar Malaysia untuk persiapan Majlis Perasmian Pembukaan Ramadhan Of The Year (ROY) 2012. Sampai pukul 3 pagi baru settle sikit2, pastu kami balik sahur kat rumah.

Pukul 9 pagi (jumaat) Qifa dah bergegas ke Bayt Izzudin sebab nak tolong Ukhti Dayah buat ‘Akok’. Alhamdulillah…walaupun perit nak bertahan depan api yang membahang, tapi dapat resepi dan pengalaman sebenarnya 🙂 tapi tak lama pun buat sebab lepas beberapa jam akok tu dah mula melekat kat acuan, jadi Qifa pun fed up dan Ukhti Dayah yang sambung buat lepas tu ditemani oleh adik Shofia 😀 [memang tak tahan cabaran betul!]

Dalam masa yang sama Ukhti Dayah juga ‘Master Chef‘ untuk masak nasi kerabu kat dapur PUSKMA. Memang pakar masak betul haaa!

Tema untuk hari first bukak posa kt PUSKMA adalah masakan Kelantan [Nasi Kerabu + Akok] memang ramai pun adik-beradik PERMATA berkumpul hari tu (hampir2 200 orang @ lebih)

Majlis perasmian ROY dirasmikan oleh Ukhti Aziah selaku Timb. Pres II MPMMJ. Pengerusi Majlisnya pulak Ummi (panggilan sesama pimpinan PERMATA akhawat) Mardhiah. Lepas tu ada slot Introspeksi Ramadhan bersama Akh Khairi Abu Yamin (mantan ketua BP masa pimpinan sesi 2011/2012, bulan Syawal nanti beliau bakal menamatkan zaman bujangnya~mabruk~)

Malamnya Qifa dan ahli bayt solat kat Masjid Syuhada’…Kepenatan hari pertama berpuasa langsung tak terasa sebab terlalu gembira melihat wajah ahli Keluarga PERMATA yang bahagia…

Terima Kasih Ya Allah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: