Kami ucapkan selamat pengantin baru
Kekal abadi buat selamanya
Berbahagialah suri di dalam rumah tangga
Kasih yang bersemi mula mekar berbunga
Pernikahan adalah diperintahkan
Sunnah baginda yang dimuliakan
Bahtera di kemudi bersama sehaluan
Keimanan di hati dijadikan pedoman
Pabila dua hati bercantum menjadi satu
Kata disepakati tanda telah setuju
Majlis diraikan pengantin tersipu malu
Santapan dihidangkan buat para tetamu
Rasul berbangga dengan ummat yang ramai
Kerana itulah nikahikan akannya
Tanda agama indah berkembang
Ummat Islam maju gemilang
Terbina ummah yang terbilang persaudaraan
Termetrilah sudah ikatan pernikahan